Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Pendaftaran & Orientasi Murid Tingkatan 1 & Peralihan Sesi 2019

     Seramai 318 murid tingkatan 1 dan peralihan menghadiri sesi pendaftaran dan orientasi untuk sesi 2019. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh En Wan Ahmad Fathi. Jumlah ibubapa yang hadir menghantar anak ke SMK Taman Connaught menunjukkan sekolah ini adalah antara sekolah pilihan di Cheras berdasarkan pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang. Warga SMK Taman Connaught mengalu-alukan murid-murid baru. Semoga anda semua dapat meneruskan kecemerlangan SMK Taman Connaught.

Himpunan DSKP KSSM

Berikut adalah senarai pautan bagi DSKP KSSM yang dikongsikan oleh Tn Pengetua. Harap bermanfaat kepada semua. DSKP KSSM Tingkatan 1 https://bit.ly/2EJlfBM DSKP KSSM Tingkatan 2 https://bit.ly/2rM27Mi DSKP KSSM Tingkatan 3 https://bit.ly/2R7j1y DSKP KSSM Tingkatan 4 https://bit.ly/2V3ws6w DSKP KSSM Tingkatan https://bit.ly/2rNpJA4

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2019

      Sebagai persediaan menempuhi sesi persekolahan 2019, guru-guru SMK Taman Connaught berkumpul seawal jam 8.00 pagi bagi memulakan Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2019 pada hari ini. Pelbagai isu dan cadangan dibincangkan dalam usaha melakukan penambahbaikan kepada perkhidmatan pendidikan di sekolah. Antara perkara yang menjadi keutamaan ialah pembinaan sahsiah pelajar disamping memenuhi tuntutan akademik yang berkualiti seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat diketuai oleh Pengetua SMK Taman Connaught, En Musa Bin Mohamad Yusuf.

Selamat berjaya buat calon-calon SPM 2018.

SPM 2018 bermula pada 13 November 2018 sehingga 6 Disember 2018.