Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Pelancaran Program Cuci Ria SMKTC

Tarikh: 18 Februari 2019 Tempat: Dewan SMKTC Masa: 7.30 pagi       Cuci Ria adalah satu program bersepadu oleh JPWP Kuala Lumpur bagi menitikberatkan kebersihan dan keceriaan di dalam kelas. Ia bertujuan memupuk kesedaran dalam diri para pelajar agar sentiasa memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan ceria. Ini penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kodusif di mana pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efektif. Pelancaran Program Cuci Ria SMK Taman Connaught disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En Musa Bin Mohamed Yusof.

Pertandingan Ping Pong MSSKL Zon Pudu 2019.(11 - 12 Februari 2019)

Sekali lagi SMK Taman Connaught telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Pertandingan Ping Pong MSSKL Peringkat Zon Pudu. Penganjuran pada tahun ini dilihat lebih baik dengan kemudahan dewan yang telah di naiktaraf. Pelbagai sekolah daripada sekitar zon Pudu mengambil bahagian. Temasya pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan 2 orang atlet paralimpik kebangsaan. Syabas dan tahniah buat para pemenang dan juga buat AJK yang bertungkus lumus menjayakan pertandingan pada tahun ini.