Tajuk: Bengkel Pemurnian Pembinaan Video Flipped Classroom Tarikh: 14 Julai 2019 Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari Tempat: Dewan SMK Taman Connaught. Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini bertujuan mendedahkan guru-guru tentang pengetahuan secara hands on untuk membina video Flipped Classroom. Guru-guru dibahagikan mengikut kumpulan kecil dalam panitia yang sama dan diberi tugas untuk menyiapkan satu video berdurasi 3 minit. Pada akhir bengkel, 3 kumpulan dipilih secara rawak untuk dinilai secara keseluruhan oleh fasilitator, En. Hambali dari SMK Dato Onn.