Skip to main content

Posts

Majlis Iftar Ramadhan 2019

Tarikh: 21 Mei 2019 Masa: 0630pm - 0930pm Majlis Iftar Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam pada tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan berbanding tahun-tahun yang lalu. Majlis dimulai dengan bacaan yasin dan tahlil, diikuti jamuan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, jamuan makan malam, solat isya dan seterusnya solat tarawikh.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019

13 April 2019 Dewan SMKTC. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik diadakan bagi meraikan murid-murid dan guru-guru yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Murid-murid yang berjaya dalam SPM, PT3, Peperiksaan Akhir Tahun diberikan anugerah agar mereka lebih bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan. Guru-guru juga turut menerima anugerah hasih daripada usaha-usaha yang dilakukan yang mana telah memberi impak dalam meningkatkan prestasi akademik murid dan sekolah.

Minggu Sains & Matematik 2019

8 - 12 April 2019 Minggu Sains & Matematik kembali dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Bidang Sains dan Matematim menyasarkan penglibatan murid yang lebih menyeluruh dengan aktiviti-aktiviti yang lebih terbuka untuk disertai. Syab as dan tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid.