Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 27 Septermber 2019 Masa: 7.30 pagi Tempat: Dewan SMKTC Sambutan Bulan Kemerdekaan melabuhkan tirainya di SMKTC dan majlis dijalankan secara sederhana dengan tumpuan diberikan kepada para pemenang yang menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Semoga semangat kemerdekaan terus teguh di dalam diri warga SMKTC. Majlis turut diserikan dengan Pelancaran 'Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru' yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En Musa Bin Mohamed Yusof.

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum & HEM 2019

Tarikh: 25 Septermber 2019 Masa: 7.30 pagi Tempat: Dewan SMKTC MAKOKUHEM (Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & HEM) pada tahun ini memberi penghargaan kepada 322 orang murid yang menunjukkan kecemerlangan dan peningkatan sahsiah dalam bidang Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Perasmian majlis disempurnakan oleh Dato' Noel Robert, Pengerusi Kolej YPC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah serta ahli jawatan kuasa majlis yang bertungkus lumus dalam memastikan segalanya berjalan lancar. SMKTC terus cemerlang.

Pertandingan Robotik Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pada tahun 2019, SMKTC telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Robotik eringkat Wilayah Persekutuan. Sebanyak 6 kategori dipertandingkan dalam temasya yang berlangsung selama dua hari ini. Pertandingan pada tahun ini disertai oleh 9 buah sekolah menengah dan rendah dari seluruh Kuala Lumpur. Pemenang akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan.

Karnival Keusahawanan 2019

Tarikh: 24 Ogos 2019 Masa: 12.00 pm - 10.00pm Karnival pada tahun ini lebih istimewa kerana SMKTC meraikan ulang tahun yang ke-30. Terdapat banya gerai yang menjual makanan di samping gerai-gerai permainan yang menarik. Tarikan utama untuk karnival kali ini ialah hadiah cabutan bertuah yang lumayan dan juga konsert yang diadakan pada waktu malam.